Jumaat, 12 Oktober 2012

Eksperimen Kedua. Guna Transformer.

        Haa, korang ingat semua transformer boleh tukar jadi robot ke, ada je yang bengong tak berubah jadi apa2 mcm dlm eksprmn aku ni. Peh, aku akhirnya cuba gak gunakan transformer aku. Short sem lepas aku beli transformer ni, baru sekarang aku pkai.





        Pagi jumaat aku tak buat apa sangat. Aku ada tambah plan litar dlm stiap post2 eksprmn aku. Ni bagi korang dapat idea sikit binatang apa yg aku tngh buat. Lama gak nak fikir apa bntuk2 litar yg aku prnh buat. Boleh tahan gak serabutnya. Petang tu baru aku ada sentuh bab2 nak buat litar tuk eksprmn brikutnya, eksperimen guna transformer.

        Banyak aku pikir bila nak pakai transformer ni antaranya aku prnh dengar transformer meletop. Gila apa transformer meletop. Dah la strukturnya besi. Kalu meletop dah tentu2 impak dia gila2 kuat. Mampos aku tak kahwin. Selain tu sbb isi dia koil je, mcm akan jadi short sircuit je la mcm eksprmn2 aku sblm ni. Kang tak psal2 trbakar koil dlm nya kalu aku terus pasang tnpa resistor. Tapi bila aku letak resistor sblmnya, dah tentu aku kena letak diode sbb kalau  resistor kena arus AC dia akan meletop. Tapi kalu aku letak diode pon sama je, resistor tetap kena langgar dgn arus AC. Dah kalu aku letak diode, apa plak jnis arus yg akan dterima transformer.

        Akhirnya aku bina circuit dgn ada fius. Ni bagi mngelakkan koil trbakar kerana arus tinggi. Jadi fius ni akan trkorban sblm koil transformer mnjadi trlalu panas. Fius ni gak rasanya lebih responsif dari circuit breaker sbb circuit breaker slalunya mnendang lepas satu2 bhgian litar meletop. Korang msti tanya, mana pergi fius dlm kepala plug? Jawapannya takde. Start eksprmn yg fius terbakar aritu(yang paling first aritu), dah takde fius dalam nya, ada wayar bodoh je.Bengong gile aku. Serius bahaya eksperimen2 aku yang selepas tu.

Dalam plug takde fius. Ada wayar je. Kata expert.

        Okeh, eksprmen kali ni  tujuan nya nak test transformer je rasanya. Nak harapkan ssuatu terbang tu mcm jauh je lagi la. Koil baru aku pon aku tak buat2 lg. Minggu lepas asik ada quiz je, mcm malas nak buat eksprmn sangat. Tu la, asik bukak FB je. Trmenung tak sudah. Adeh, spatutnya aku constant dlm bereksprmen, mcm mana nak prgi jauh klu terus cmni. Hurm, salah aku gak. Di luar sana ramai yg nak aku buat ssuatu tuk mereka, tapi aku asik main2 je. Teruk la aku ni.

        Mcm yg korang tau, transformer ni turunkan voltage, naikkan current(arus). Bila fikir balik, 240 turun 12 volt adlh 240 bahagi 12. Kalu camtu, spatutnya arus 6.25 darab 12, arus yg keluar msti 125 amps. Gile ape 125 ! Trbakar la sume wayar2 aku kat bhgian output transformer. Teringat cina kedai yg jual transformer tu, dia kata 6 amp ni besar. Aku fikir bnyk kali nak buat test ni. Aku mmg mnitik beratkan keselamatan. Aku tahu ramai yg takot elktrik sbb ianya trbukti mmbunuh. Tapi klu sume org takot, aku pasti ssorang yg cuba main dgn nya akan capai ssuatu yg org lain tak prnh capai. Mcm Nikola Tersla.

        Tapi bila diamati balik kat transformer tu baru aku perasan, 12 volt @ 6 amp. Jadi maksudnya, output dia 12 volt 6 ampere, bukan 12 volt 125 amp. Kurang sikit takot aku. Teruk la kalu asik takot je. Bila eksprmn nak siap. Jadi aku pasang sprti dlm plan. Yang prlu solder aku solder dulu. Kena solder fius dan transformer je. Peh, tu pon amik masa.





        Petang joging dgn rummate. Masa tu transformer je blom pasang. Lepas maghrib aku siap pasang sume. Pukul 8 smpi 8.30 aku trmenung nak on ke tak on plug. Takot plak. Takot meletop bersepai. Kalu trbakar je aku tak takot apa pon. Lepas dah cek sume dari plan dan atas litar.





        Aku pasang plug dan on plug. Takde respon dari ubat stapler. Off cepat2 balik. On balik sambil pegang test pen. Takde kebocoran elktrik. Maksudnya litar mngalirkan elktrik dgn stabil. Aku pegang transformer, tak panas. Lepas tu aku brhenti. Niat dah malam tu nak study midterm material. Lepas tu aku trfikir ssuatu. Takkan aku on off cepat2 bole tngok kesannya. Jadi pkul 9 aku test balik tuk 5 saat. 5saat dengan elektrik 240volts bahaya kot. Baru aku perasan transformer ada keluarkan bunyi "Treeettt..". Tak pasti bunyi apa. Tapi koil transformer tak panas pon tuk 5 saat.

        Jadi smpi disitu shj test aku. Aku kena study tuk midterm material. Minggu depan ni ada dua exam, satu quiz dan satu pmbentangan. Pastu seminggu cuti, dan lepas cuti tu ada 4 midterm exam. Ceh, kena usaha lebih sikit sem ni. Sem2 sblm ni teruk sangat. Ad gak idea tuk teruskan eksprmen dgn resistor yg lbih rendah suapaya frame kuprum dapat lebih volt, tapi aku rasa lpas aku buat frame kuprum baru, baru aku test cara tu. Ada gak idea aku nak cuba dapatkan 240 volt gak. Ni dgn cara beli lg transformer yg sama dan trbalik kan dia slepas transformer pertama ni. Peh, bnyk duit aku. Transformer sbijik dah la RM50 lebih. Tapi okey la, aku pon takde awek, duit yg ada tu nak buat apa? Kan? Tapi bila fikir balik, output keluar 6 amp, mana prgi 119 amp lagi, ke mmg transformer ni dibina tuk tak effisien? Kalu cmtu tak guna gak aku beli transformer lg satu.

Buat masa sekarang ni je aku nak tulis. Baii~~

1 ulasan:

  1. Assalam cikgu zaidi
    Saya tertarik dgn tulisan cikgu ttg semua benda ada gelombang.
    Jika benar adakah alat untuk mengesan gelombang tersebut.

    Saya sangat berbesar hati kalau jawapannya ada.

    No whatsapp saya 0122110450.

    T kaseh

    BalasPadam